TOPIK 1: KONSEP DAN PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
Antara Kepentingan
keusahawanan, Menjadi pemangkin dan
perkembangan ekonomi sesebuah negara. Meningkatkan kadar perkapita pengeluaran
dan pendapatan. Menyumbang kepada perubahan struktur perniagaan dan masyarat
yang lebih baik. Melahirkan individu yang positif yang mempunyai daya tahan dan
daya saing yang tinggi untuk Berjaya. Mengembangkan budaya keusahawanan dalam
masyarakat selain menbentuk komuniti yang berdikari. Penyumbang keapda
kesejahteraan ekonomi dimana bertindak sebagai pencipta kekayaan dan pembahagi
kekayaan yang baik. Bilangan usahawan yang semakin meningkatkan akan
menambahkan daya saing sesebuah negar di peringkat yang lebih tinggi. Konsep
usahawan dan keusahawanan. Usahawan. Merupakan individu yang bertindak sebagi
perintis kepada kejayaan perniagaan Berasal daripada perkataan prancis iaitu
entreprendre yang bermaksud
memikul (tugas atau mencuba). Usahawan menurut Joseph Schumpeter, Penulis Theory of Economics Development; Usahawan sebagai pencetus inovasi. Kuratko
dan Hotgetts. Individu yang dapat mengenalpasti peluang dalam masalah. Individu
yang teliti, bijak mengatur, dan seorang mengambil risiko. Scarborough dan
Zimmerer pula, usahawan adalah Orang
yang mencipta perniagaan baru dan Pengambil risiko dalam memperoleh keuntungan.
Bagi Hisrich dan Peter, Keusahawan merupakan suatu proses dinamik untuk
mencipta kekayaan. Kekayan dicipta oleh indivu yang sanggup mengambil risiko.
Keusahawanan ialah proses mereka sesuatu keluaran yang baru dengan mengambil
kira masa, usaha, risiko dan lain-lain.Kuratko dan Hotgetts melihat
Keusahawanan sebagai satu proses pembaharuan ataupun inovasi dan mereka cipta
melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, lam sekitar dan proses.
TOPIK 2: ANALISIS KOPENTENSI
KEUSAHAWANAN DIRI
Inisiatif. Sikap individu
berinisiatif adalah melakukan sesuatu tanpa paksaan, secara sukarela dan gigih berusaha untuk
mengembangkan perniagaan. Melihat dan merebut peluang merupakan individu yang sentiasa
mencari dan melihat peluang. Melihat masalah sebagai satu peluang dan merebut
peluang yang luar biasa. Cekal. Ciri-ciri
sikap cekal yang ada dalam diri seseorang adalah sentiasa berusaha mencari
jalan untuk mengatasai rintangan yang menghalang pencapaian matlamat perniagaan
dan tidak cepat menyerah kalah dan sentiasa berusaha melakukan sesuatu untuk
atasi masalah. mencari maklumat. Sikap
individu yang mampu mencari maklumat adalah melakukan penyelidikan untuk
mendapatkan maklumat atau maklum balas mengenai perniagaan yang dijalankan, mendapatkan
nasihat pakar untuk memajukan perniagaan. mencari maklumat atau bertanya
sendiri kepada pelanggan atau pembekal tentang kehendak-kehendak pengguna dan
menganalisis pasaran. Menitik beratkan mutu kerja yang tinggi. Sikap usahawan
adalah berkeinginan untuk hasilkan produk yang bermutu tinggi dan sentisa
membuat perbantingan mutu kerja dengan syarikat lain untuk mendapatkan mutu
produk yang lebih baik. Komitmen terhadap perjanjian kerja. Sikap usahawan, Memberi
tumpuan kepada perniagaan sepenuhnya dan menerima tanggungjawab dalam
menyelesaikan kerja untuk pelanggan. Berorientasi kecekapan . Sikap usahawan, Sentiasa cari jalan
untuk kurangkan kos, Mengunakan kaedah pengurusan perniagaan terkini untuk
baiki kecekapan perniagaan dan Mengambil berat perkiraan kos dan keuntungan
hasil sesuatu perubahan yang dilakukan.
TOPIK 3: ETIKA KEUSAHAWANAN
Keusahawanan dari perspektif islam
adalah aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan dengan menghasilkan
sesuatu barangan atau perkhidmatan bagi memperoleh rezeki yang halaldan tidak
bertentangan dengan syarak. Islam sebagai agaman yang mempunyai prinsip dan
panduan hidup menyeluruh(syumul) perlu dijadikan asas kepada usahawan bagi
mencipta kejayaan. Rasulullah bersabda “sesungguhnya
9/10 daripada sumber rezeki terdapat dalam perniagaan.” Keusahawanan adalah
fardhu kifayah. Berniaga adalah satu kewajipan. Beberapa panduan khusus
digariskan dalam islam agar perniagaan dijalankan mengikut etika islam.
Antaranya Pematuhan terhadap kontrak, penipuan
dan salah taksir iklan, Timbangan yang tepat, Larangan menyorokkan barang,
Penghapusan keluaran yang berlebihan, Perniagaan melibatkan riba, Amalan
penggambilan pekerja, Bersikap adil kepada pekerja dan Penjagaan alam sekitar.
TOPIK 4: KREATIVITI DAN INOVASI DALAM
PERNIAGAAN.
DIFINISI KREATIVITI DAN INOVASI
Maksud kreativiti
|
Maksud inovatif
|
Schermerlon, Hunt dan Osbon:
-perkebangan dan jawapan kepada
masalah yang bakal diperoleh.
-kreativiti mustahak sebagai dalam
tindak balas kepada masalah yang kompleks.
|
Inovasi adalah kunci kejayaan sesebuah
perniagaan.
Kinicki dan Williams (2003)
-inovasi ialah kaedah menghasilkan
produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik.
|
TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAAN
Peluang merupakan persekitaran menjanjikan peluang perniagaan
yang tidak dapat dijangka. Usahawan melihat setiap aspek sebagai peluang yang
berpotensi memberikan pulangan pelaburan yang besar. Berhubung kait dengan
proses inovasi. Idea baru boleh dijana dengan mewujudkan perniagaan baru atau
membangunkan produk atau perkhidmatan baru. Situasi yang mempunyai peluang
adalah pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baharu yang dapat
menyelesaikan masalah atau memuaskan kehendak mereka, apabila barangan atau
perkhidmatan sedia ada belum dapat menyelesaikan masalah atau belum dapat
memenuhi kehendak pelanggan. peluang dapat dimanipulasi dengan mengenalpasti
kekuatan, meminimumkan kekurangan, menggunakan peluang dan mengurangkan
ancaman.
TOPIK 6: KEMAHIRAN MEMULAKAN
PERNIAGAAN
Kemahiran
mengenalpasti sumber merupakan Merupakan
kemahiran awal yang harus dimiliki oleh usahawan untuk memulakan perniagaan. Perkara
penting yang perlu difikirkan antaranya adalah modal perniagaan, produk atau
servis, lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan. Gunakan kaedah
penyenaraian persoalan termasuklah teknik pertanyaan iaitu 5W1H. Kemahiran
perundingan melibatkan
sekurang-kurangnya 2 pihak, mempunyai agenda, mempunyai matlamat, mempunyai
jangka masa, persekitaran kondusif dan wakil mesti mempunyai kuasa membuat keputusan
bagi pihak yang diwakilinya. Komunikasi ialah proses menghantar maklumat dan
kefahaman secara lisan atau bertulis yang melibatkan dua atau lebih pihak,
iaitu penghantar dan penerima.
TOPIK 7: MERANCANG PERNIAGAAN
Rancangan perniagaan adalah Satu dokumen bertulisyang menerangkan perniagaan yang hendak
dijalankan secara menyeluruh. Kepentingan
rancangan perniagaan adalah memberi
peluang untuk seseorang melihat dan menilai idea projek perniagaan dengan
teliti, memberi gambaran tentang
daya maju sesuatu projek yang dirancang,
membantu seseorang membuat anggaran, dan menyedarkan seseorang tentang
kemungkinan masalah yang akan timbul dalam melaksanakan projek. Format
rancangan perniagaan adalah, Tajuk muka surat hadapan, muka surat isi kandungan, ringkasan eksekutif, struktur
rancangan perniagaan, lampiran. Senarai semak format rancangan
perniagaan adalah bahagian pengenalan, bahagian tujuan, latar belakang perniagaan, bahagian pemasaran, bahagian pentadbiran/pengurusan, bahagian operas dan bahagian kewangan.
TOPIK 8: KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK
PERNIAGAAN
Pengenalan kepada pengurusan. Pengurusan adalah proses
mentadbir dan mengkoordinasi sumber-sumber secara cekap dan berkesan kearah
matlamat organisasi. Organisasi adalah sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama
kearah mencapai matlamat yang sama. Manakala terdapat 4 fungsi pengurusan iaitu
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan. Perancangan adalah
proses merangka aktiviti yang perlu dilakukan bagi mencapaimatlamat organisas.
Pengorganisasian merupakan proses
menentukan tugas yang perlu dilaksanakan, siapa dan bagaimana tugas-tugas akan
diurus. Kepimpinan ialah kebolehan untuk mempengaruhi pekerja untuk cuba
mencapai matlamat organisasi secara suka rela. Kawalan adalah membuat sesuatu perkara
berlaku seperti yang dirancang.
No comments:
Post a Comment