19 Februari 2013
Konsep dan Pembangunan Usahawan
Pada minggu pertama kami telah didedahkan tentang
kepentingan usahawan. Pembangunan usahawan menjadi pemangkin pada perkembangan
ekonomi sesebuah negara. Usahawan dapat meningkatkan kekayaan yang membawa kepada
pembahagian kekayaan yang dimiliki, seterusnya dapat menyumbang kepada ekonomi
negara. Kami diterangkan tentang konsep usahawan dan keusahawanan. Di mana
usahawan ialah perintis kepada kejayaan aktiviti perniagaan. Merekalah yang
mengesan dan merebut peluang di samping memasarkan produk baharu atau
menambahkn nilainya. Manakala, keusahawanan lebih daripada sekadar menubuhkan
dan menjalankan perniagaan. Ia merangkumi sikap, kemahiran dan pengetahuan.
26 Februari 2013
Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri
Dalam topik ini pelajar didedahkan dengan nilai-nilai
positif yang patut ada dalam diri setiap usahawan. Antara sifat-sifat tersebut
ialah inisiatif. Melakukan usaha
atau sesuatu sebelum terpaksa melakukannya, dipaksa oleh keadaan atau diarah
suapaya melakukannya. Sikap seterusnya melihat
dan merebut peluang, seorang usahawan yang Berjaya akan sentiasamencari dan
melihat peluang yang ada di sekitarnya dan merebut peluang dalam memperluaskan
perniagaan dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi perniagaan. Usahawan juga
perlu mempunyai sifat kecekalan yang
tinggi, berusaha menghadapi rintangan dalam perniagaan dan bersabar. Berikutnya ialah mencari maklumat, usahawan haruslah melakukan penyelidikan atau
tinjauan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas dalam usaha memberikan
perkhidmatan atau mengeluarkan barangan mengikut kehendak pelanggan.
5 Mac 2013
Etika Keusahawanan
Dalam topik ini pelajar didedahkan dengan konsep kerberkatan
dalam perniagaan. Keusahawanan dari perspektif islam. Perniagaan, tidak kira
dalam penghasilan barangan atau member perkhidmatan bagi memperoleh rezeki yang
halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan unsur islam. Islam sebagai
agama yang lengkap harus dijadikan sebagai panduan kepada usahawan. Islam juga
melihat bidang keusahawanan sebagai bidang yang boleh menyumbang kepada sumber
ekonami dan kekayaan individu. Bidang keusahawanan dalam islam termasuk dalam
fardhu kifayah. Bererti tanggungjawab
usahawan adalah besar kerana berniaga adalah suatu kewajipan.
12 Mac 2013
Kreativiti dan Inovasi dalam Perniagaan
Kami diterangkan dengan konsep kreativi dan inovasi. Kreativiti merupakan proses membabitkan
jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia
ada. Ia penting dalam bertindak balas kepada masalah yang kompleks dalam
persekitaran perniagaan. Manakala inovasi pula ialah langkah yang diambil
selepas proses kreatif, di mana usahawan kemudiannya melakukan aplikai inovasi.
Terdapat empat proses utama dalam proses kreativiti:
a)
Pengumpulan pengetahuan – usahawan mengumpulkan maklumat dengan
melakukan penyelidikan. Melalui pembacaan, perbincangan dan seminar.
b)
Inkubator
c)
Idea – dikenali sebagai factor eureka. Usahawan mungkin mendapat
idea tanpa disengajakan contohnya semasa makan atau berjalan.
d)
Penilaian dan pelaksanaan – fasa terakhir di mana usahawan menukar
idea itu menjadi reality.
Manakala
jenis-jenis inovasi ialah penciptaan, peluasan, duplikasi danperpaduan.
19 Mac 2013
Peluang
Perniagaan
Persekitaran
dapat memberikan peluang yang tidak dapat di jangka. Seorang usahawan melihat
setiap aspek sebagai peluang dan berpotensi untuk memberikan pulangan pelaburan
yang besar. Pemerhatian terhadap pasaran dan kajian terhadap peluang yang ada
boleh memberikan gambaran yang jelas tentang peluang perniagaan yang boleh
wujud. Ia berkait dangan proses inovasi. Seorang usahawan perlu merabut setiap
peluang perniagaan dan berani untuk mencuba di pasaran.
26 Mac 2013
Kemahiran
Memulakan Perniagaan
Pada minggu
ini,pelajar di perkenalkan dengan kemahiran memulakan perniagaan. Antara faktor
penting ialah sumber modal, pemilihan produk atau servis yang mahu dipasarkan,
lokasi perniagaan yang bakal dijalankan, kelenkapan perniagaan seperti
peralatan sokongan, kemahiran perundingan, konsep perundingan, persediaan
perundingan, proses perundingan dan strategi perundingan. Topik ini juga
menerangkan tentang kemahiran komunikasi yang perlu ada pada usahawan.
2 April 2013
Merancang
perniagaan
Dalam tajuk ini,
ia menekankan tentang kepentingan rancangan perniagaan. Rancangan perniagaan
juga perlu disediakan mengikut format yang telah ditetapkan. Supaya mudah untuk
pihak bertanggungjawab dapat memahami rancangan perniagaan yang disediakan itu
dengan baik.
16 April 2013
Kemahiran
mengurus projek perniagaan
Terdapat beberapa
aspek di dalam kemahiran mengurus projek perniagaan. Pertama ialah pentadbiran,
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, kawalan. Manakala dalam tajuk asas
pemasaran, konsep pasaran ialah mengkaji dan mengenal pasti keperluan dan
kehendak pasaran, mengatahui matlamat pemasaran. Ia adalah untuk member
kepuasan pembelian kepada pengguna dan memberikan keuntungan kepada peniaga.
Antara aspek-aspek yang terkandung di dalam asas pemasaran ialah konsep
tinjauan pemasaran,permintaan dalam pasaran, jenis pasaran dan saiz pasaran.
No comments:
Post a Comment