19 Februari 2013 : Konsep
dan Pembangunan Usahawan
Pada
minggu pertama, kami didedahkan kepada konsep asas keusahawanan. Konsep ini
termasuklah pendedahan secara menyeluruh mengenai usahawan dan keusahawanan.
Kami memahami kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara.
Keusahawan merupakan tunggak pembangunan kepada ekonomi negara. Pada masa kini,
kelahiran usahawan baru sangat digalakkan dan mendapat sambutan. Selain itu,
pendedahan kepada contoh keusahawan yang sedia ada sangat membantu pelajar bagi
memahami keusahawanan secara realiti. Kami juga memahami keusahawan dari
pelbagai sudut seperti keusahawan dari sudut islam dan sebagainya.
26 Februari 2013 : Analisis
Kompetensi Keusahawanan Diri
5 Mac 2013 : Etika
Keusahawanan
Objektif
bab ini ialah untuk memahami konsep keberkatan dalam perniagaan dan memahami
etika keusahawanan & budaya perniagaan. Pada kali ini pendedahan lebih
focus kepada keusahawan pandangan dari sudut islam. Islam sangat menggalakan
perniagaan dan 9/10 rezeki sumbernya dari perniagaan. Perniagaan juga merupakan
fardhu kifayah bagi umat islam. Dalam islam terdapat larangan dan galakan bagi
menjalan perniagaan. Ini semua kerana islam mewajibkan mencari rezeki yang
halal dan melarang penindasan kepada makhluk lain. Islam sangat menjaga etika
ketika berniaga serta menjaga hak makhluk lain.usahawan mempunyai tanggujawab
yang besar kepada semua pihak bukan setakat kepada perniagaannya sahaja.
12 Mac 2013 : Kreativiti
dan Inovasi dalam Perniagaan
Kretiviti
dan inovasi merupakan aspek penting dalam perniagaan. Ia menentukan
perkembangan dan hala tuju sesebuah perniagaan. Perniagaan tanpa kreativiti dan
inovasi mungkin boleh bertahan dalam perniagaan tetapi sukar untuk berkembang.
Inilah kepentingan bagi pelajar untuk memahami konsep kreativiti dan inovasi.
Bagi menjana kreativiti dan inovasi, seseorang perlukan teknik yang betul serta
teratur. Setiap idea baru yang difikirkan perlu dilaksanakan walaupun ianya
dilihat seperti tidak logic, ini lah salah satu ciri – ciri usahawan yang
kreatif dan inovatif.
19 Mac 2013 : Peluang
Perniagaan
Usahawan
yang berjaya sentiasa mencari peluang perniagaan yang baru bagi mengembangkan
perniagaan beliau. Peluang perniagaan terdapat di mana- mana sahaja selagi
usahawan peka terhadap persekitaran. Peluang perniagaan terbuka kerana wujudnya
masalah pelanggan yang masih tidak diselesaikan. Usahawan yang berjaya mencari
penyelesaian tersebut merupakan usahawan yang mendapat peluang yang tersedia.
Bagi mendapat peluang, usahawan perlu banyak menganalisis dan menteliti setiap
isu dengan teliti. Bagi menggapai peluang perniagaan baru, usahawan perlu
memandang kepada beberapa factor penting seperti persekitaran,teknologi dan
komunikasi serta sebagainya. Bab ini memberi panduan kepada pelajar teknik
untuk merebut peluang perniagaan baru dengan teknik yang betul.
26
Mac 2013 : Kemahiran Memulakan Perniagaan
Dalam
bab ini, pelajar didedahkan kemahiran yang diperlukan bagi memulakan
perniagaan. Antara factor yang dipelajari ialah kenal pasti sumber yang
diperlukan bagi memulakan perniagaan, kenal pasti teknik yang berkesan untuk
mendapat kebolehan perundingan dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan.
Antara factor lain yang perlu diambil kira ialah keadaan persekitaran dan
keadaan diri seseorang usahawan itu. Individu perlu tahu kelebihan, kekurangan
serta keperluan bagi beliau memulakan perniagaan.
2 April 2013 : Merancang
perniagaan
Minggu
ini pelajar didedahkan kepentingan rancangan perniagaan. Rancangan perniagaan
ialah dokumen bertulis yang menerangkan perniagaan atau projek yang hendak
dijalankan. Dokumen ini turut merangkumi analisis, ramalan, jangkaan, strategi
dan cara perlaksanaan perniagaan atau projek tersebut. Dokumen ini perlu
dihasilkan mengikut format yang ditetapkan. Rancangan perniagaan penting kerana
memberi seseorang peluang untuk melihat dan mendapat gambaran peluang
perniagaan atau projek yang berpotensi serta
membantu seseorang membuat anggaran mengenai sumber dan segala keperluan
projek atau sesuatu pernigaan tersebut. seterusnya ia juga dapat memberi
gambaran mengenai segala kemungkinan dan risiko yang terpaksa dihadapi.
16 April 2013 : Kemahiran
mengurus projek perniagaan
Dalam
bab ini, pelajar diberi panduan mengenai kemahiran menguruskan projek
perniagaan. Hala tuju perniagaan juga bergantung kepada pengurus perniagaan
tersebut. Empat fungsi pengurusan ialah merancang, mengorganisasi, memimpin dan
mengawal projek perniagaan. Pihak pengurusan merupakan nadi kepada sesebuah
perniagaan.
No comments:
Post a Comment