Welcome! Feel Free to Explore Our Story!

Welcome! Feel Free to Explore Our Story!

Monday, 22 April 2013

SELF-REFLECTION: NOR AZIMAH BINTI GHAZALI EEE110086


BAB 1 : KONSEP DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Konsep Pembangunan Keusahawanan

Terdapat beberapa konsep tentang pembangunan keusahawanan dari beberapa pengkaji. Maksud keusahawanan disini adalah usahawan ialah perintis kepada kejayaan aktiviti perniagaan. Mereka mengesan dan merebut peluang di samping produk baharu atau menambahkan nilainya. Dari segi istilah “usahawan” berasal daripada bahasa Perancis iaitu entreprendre yang membawa maksud memikul (tugas) atau mencuba. Antara orang yang masyhur memperkenalkan istilah usahawan ini ialah Joseph Schumpeter. Beliau berjaya menunjukkan sumabangan individu yang digelar sebagai usahawan dan perananya dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara melalui tulisannyan yang berjudul Theory of Economics Development pada tahun 1934. Beliau menggambarkan usahawan sebagai seorang buruh yang unik, pencetus inovasi atau orang yang membawa perubahan atau pembaharuan. Usahawan juga dikatakan sebagai individu yang bertanggungjawab kepada pengeluaran,pendorong daya cipta (creativity) dan ‘yang baharu dan ganjil’ (novelty) dalam operasi biasa aktiviti ekonomi.

Kepentingan Keusahawanan
Ø  Pembangunan keusahawanan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi sesebuah Negara. Bidang keuasahawanan dalam pembangunan ekonomibukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan, malahan melibatkan perubahan struktur perniagaan dan masyarakat kepada yang lebih baik
Ø  Pembangunan keusahawanan membantu melahirkan individu positif yang berjaya serta mempunyai ciri-ciri survival, daya tahan dan daya saing yang tinggi. Ciri keusahawanan ini akan membentuk pemikiran yang berteraskan keusahawandalam kalangan anggota masyarakat
Ø  Usahawan ialah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan, tetapi turut mendorong pembahagian kekayaan yang dimiliki,seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi.
Ø  Kelahiran ramai usahawan akan meningkatkan daya saing sesebuah Negara di peringkat antarabangsa, disamping membuka peluang pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar  penggangguran serta kemiskinan di Negara tersebut.

Ciri-ciri Keusahawan

1.    Beberapa ciri utama keusahawanan menurut Kao (1991) seperti berikut:
Ø  Komitmen, keazaman dan ketabahan yang sepenuhnya
Ø  Membuat keputusan yang berterusan
Ø  Realistik
Ø  Mencari dan menggunakan maklum balas
Ø  Mengambil risiko yang sudah diperincikan
Ø  Integrity dan boleh dipercayai
2.    Pengkaji tentang ciri keusahawanan dijalankan secara berterusan oleh pelbagai pihak:
Ø  Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi
Ø  Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang cukup
Ø  Sentiasa berjimat menggunakan sumber
Ø  Berfikiran ke hadapan
Ø  Sentiasa menjaga kualiti
Ø  Mengelakkan belenggu hutang
Ø  Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ø  Bersyukur dengan kejayaan



BAB 2 : ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI

2.1          Inisiatif
Daya inisiatif ialah satu daripada kompetensi keusahawanan yang paling tinggi pentingnya. Usahawan berjaya lazimnya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu keadaan dengan cekap. Daripada sikap tanpa menunggu arahan atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan diri,individu tersebut dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui imiginasi dan institusinya. Sikap berinisiatif penting bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan dengan mencari peluang dan tidak mengharapkan peluang tersebut datang bergolek.

2.2          Melihat dan Merebut Peluang
Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang yang wujud di persekitarannya. Peluang perniagaan wujud hasil permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, disebabkan kewujudan teknologi baharu, kemahiran baharu, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan kaedah dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang belum diperkenalkan. Kemampuan ini perlu wujud dalam peringkat menjalankan fungsi-fungsi utama seorang usahawan sepanjang hayat perniagaanya.

2.3          Kecekalan
Seseorang usahawan akan menghadapi perjalanan hidup yang berliku dan kopleks. Untuk mengatasi masalah dan halangan tersebut usahwan perlu tabah dan cekal. Usahawan yang berjaya lazimnya dapat mengharungi segala rintangan dan halangan yang menjejaskan pencapaian matlamat.Sikap tabah dan cekal memerlukan keyakinan diri yang tinggi, sikap ikhtiar dan ketahanan diri dalam mengharungi halangan tersebut. Selain itu, sikap sabar juga penting.

2.4          Mencari Maklumat
Maklumat memainkan peranan pentig dalam sesebuah perniagaan. Kejayaan perniagaan banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperoleh, kecukupan maklumat dan cara penggunaan maklumat dalam membuat keputusan. Usahawan yang sensitive kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil iktibar terhadap maklum balas yang diperoleh sama ada dalam bentuk kritikan atau analisis sendiri.Maklum balas tersebut berguna untuk meningkatkan pengalaman,memperbaiki pencapaian, prestasi diri dan prestasi syarikat yang sedang diterajui.

2.5          Menitikberatkan Mutu Kerja yang Tinggi
Seorang usahawan perlu sensitive dan sentiasa menitikberatkan mutu kerja yang tinggi dan berasaskan piawaian dalm penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usaha tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugas, tetapi untuk mencari kepuasan terhadap kerja melalui pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Langkah ini akan membantu usahawan meluaskan pasarannya dan dapat meningkatkan prestasi syarikat.


2.6          Menyelesaikan Masalah
Seorang usahawan yang berdaya maju akan menyelesaikan masalah dengan mencari dan melahirkan idea-idea baharu dalam menyelesaikan masalah secara inovatif.
BAB 3 : KONSEP KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN
3.1       Pengenalan                                                
Keusahawan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syarak.

Sebagai agama yang memberikan panduan hidup untuk kesejahteraan seluruh manusia di dunia dan di akhirat, Islam memandang tinggi kepada aktiviti keusahawanan. Aktiviti keusahawan termasuklah bidang perniagaan, penghasilan, pengedaran, pertanian dan perkilangan. Rasullah SAW ialah seorang ppeniaga sebelum menjadi rasul.

Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip dan panduan hidup yang menyeluruh(syummul) perlu dijadikan asas kepada para usahawan bagi membina kaedah pengurusan keusahwanan yang mantap dan mencipta kejayaan.Islam melihat bidang keusahawanan boleh menyumbang kepada sumber ekonomi dan kekayaan individu bagi menyara kehidupan sehariannyan Rasullullah bersabda “sesungguhnya 9/10 daripada sumber rezeki terdapat dalam perniagaan.”

3.2      Etika Keusahawanan
Dalam Islam, panduan khusus untuk menjalankan perniagaan digariskan agar perniagaan dijalankan mengikut etika Islam. Antara panduan tersebut ialah :

Ø  Pematuhan terhadap kontrak
-       Usahawan perlu patuh kepada kontrak yang dimeteraikan. Islam berpegang teguh kepada sikap menunaikan janji dan nilai-nilai mulia seperti kebenaran, kejujuran dan amanah.

Ø  Penipuan dan salan taksir iklan
-       Usahawan ditegah membuat penipuan dalam pengiklanan. Bagaimanapun, kerap terjadi barangan yang dijual berbeza atau tidak menepati sifar seperti diiklankan Kadangkala iklan yang disiarkan dalam media mengelirukan pengguna. Dalam etika Islam, perkara ini jelas dilarang.

Ø  Timbangan yang tepat
-       Usahawan perlu sentiasa membuat timbangan atau ukuran yang tepat apabila melakukan urusan perniagaan. Usahawanyang tidak jujur dan menipu timbangan untuk mendapatkan untung yang lebih adalah ditegah dalam ajaran Islam.

Ø  Larangan menyorokkan barang
-       Amalan menyorokkan barang untuk tujuan mendapatkan untung apabila harga naik atau apabila masyarakat kekurangkan barang merupakan ekspoitasi kepada masyarakat dan penggunan. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Peniaga seperti ini masuk dalam golonga yang bersifat bakhil dan tamak.

BAB 4 : KREATIVITI DAN INOVASI DALM PERNIAGAAN
4.1       Definisi
Ø  Kreativiti : kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan merupakan jawapan kepada sesuautu masalah yang bakal diperolehi. Kreativiti amat mustahak dalam bertindak balas kepada masalah yang kompleks dalam persekitaran perniagaan.
Ø  Inovasi : kaedah menghasilkan produk bahau, produk dan perkhidmatan ang lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak boleh berpuas hati dengan apa-apa yang ada
4.2       Proses Kreativiti
Ø  Pengumpulan pengetahuan : seorang usahawan perlu bersedia mengumpulkan maklumat dengan melakukan penyelidikan yang berkaitan melalui pembacaan, perbincangan dengan rakan sekerja,menghadiri seminar dan sebagainya. Usaha itu akan memberikan pengetahuan dan menambahkan pengalaman untuk membangunkan produk baharu, perkhidmatan atau pelaburan.
Ø  Incubator : seorang usahawan mungkin tidak terlibat secara langsung dalma sesebuah pernigaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Mereka mungkin akan mengabaikan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar melakukan tugas tersebut. Bagaimanapun pembangkita idea yang kreatif sangant penting tanpa mengira punca sumbernya.
Ø  Idea : seorang usahawan boleh memperoleh idea menyelesaikan masalah secara tidak sengaja, contohnya semasa makan, berjalan dan sebagainya
Ø  Penilaian dan pelaksananaan : Pada peringkat ini ia memerlukan keberanian, disiplin diri, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Apabila idea muncul dari fasa idea, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarkannya kepada bentuk idea yang terakhir dan jelas.
4.3       Ciri Individu Kreatif
§  Merendah diri dan bangga diri dalam waktu yang sama
§  Berani untuk mencuba idea yang baharu
§  Bersifat terbuka apabila menerima kritikan
§  Mempunyai kawalan diri yang baik
§  Mempunyai matlamat,tidak tergesa-esa dan mampu membuat pertimbangan rasional dalam sebarang keputusan
§  Sanggup mengambil risiko yang dikenal pasti.
4.5       Jenis Inovasi
Ø  Penciptaan-mencipta produk,perkhidmatan atau proses yang baharu. Inovasi ini mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba
Ø  Peluasan-penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia ada.
Ø  Duplikasi-proses membuat pendua terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada dengan bukan sekadar meniru, tetapi menambah dari segi fungsi tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada tersebut.
Ø  Perpaduan-proses untuk menggabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi satu produk atau aplikasi yang baharu dengan mengambil kira beberapa idea yang sedia ada.
4.6       Halangan kepada Kreativiti dan Inovasi
Ø  Terdapat organisasi yang tidak menggalakkan inovasi atau menolak sebarang perubahan
Ø  Kekurangan sumber merupakan halangan kepada inovasi
Ø  Takut untuk mencuba
Ø  Motivasi yang salah
Ø  Kurang yakin dan percaya kepada diri sendiri.
Ø  Terdapat pihak pengurusan yang menghalang atau mengawal kakitangannya daripada menjadi lebih kreatif.
4.7       Strategi untuk Kreativiti dan Inovasi
Ø  Mengenal pasti kebolehan dan kemampuan sendiri agar tidak menghalang proses kreatif dan inovatif.
Ø  Menukar persepsi dengan melihat masalah sebagai peluang dan mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik
Ø  Menukar budaya organisasi dengan menggalakkan kakitangan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Ganjaran akan diberi kepada kekitangan yang kreatif
Ø  Sanggup menghadapi kegagalan dan mencari jalan penyelesaian untuk mendorong kemajuan dalam syarikat.


BAB 5 : PELUANG PERNIAGAAN

5.1       Takrif Peluang
Persekitaran menjanjikan peluang perniagaan yang tidak dapat dijangka. Seorang usahawan melihat setiap aspek seagai peluang dan berpotensi untuk memberikan pulangan pulangan pelaburan yang besar.

Pemerhatian terhadap pasaran dan kajian terhadap peluang yang boleh memberikan gambaran yang jelas tentang peluang perniagaan yang boleh wujud. Secara am, luang perniagaan berhubung kait dengan proses inovasi yang telah dibincangkan. Seseorang usahawan perlu merebut setiap peluang perniagaan dan berani untuk mencuba di pasaran.

5.2       Situasi Menyumbang Peluang Perniagaan.
Ø  Pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baharu yang dapat menyelesaikan masalah atau memuaskan kehendak mereka.
Ø  Apabila barangan atau perkhidmatan sedia ada belum dapat menyelesaikan masalah atau belum dapat menyelesaikan masalah atau belum dapat memenuhi kehendak pelanggan.

5.3       Proses Mengenal Pasti,Menilai Dan Memilih Peluang.
Sebagai seorang usahawan,kemahiran mengenal pasti peluang adalah penting. Secara amnya terdapat tiga langkah untuk mengenal pasti dan memilih peluang serta mengurangkan ancaman. Langkah tersebut ialah:

          i.        Membuat analisis persekitaran dan pasaran dengan memahami kehendak serta keperluan penggunaan
                ii.        Membuat penilaian diri,iaitu dari segi kebolehan dan kemampuan,penilaian terhadap masyarakat sekitar, dan membuat analisis terhadap idea perniagaan
                iii.        Membuat pilihan peluang perniagaan dan memulakan rangka perniagaan.


BAB 6 : KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

6.1       Kemahiran Mengenal Pasti Sumber
Mengenal pasti sumber merupakan salah satu kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan mereka. Antara perkara penting yang perlu difikirkan dalam membuat pertimbangan memualakan perniagaan ini ialah modal perniagaan, produk atau servis, lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan.

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti keperluan sumber berkaitan adalah dengan menyenaraikan persoalan bagi setiap perkara sebagai semakan. Kaedah penyenaraian soalan yang boleh digunakan termasuklah teknik pertanyaan 5W1H ( What,Which, Where, When, Who, How)

6.2       Kemahiran Perundingan
Perundingan ialah satu daripada aktiviti kehidupan. Situasi perundingan boleh timbul dalam pelbagai aspek, contohnya suami-isteri membincangkan pilihan restoran untuk makan malam, pengurusan dan pegawai-pegawai kesatuan membincangkan tuntutan dan usahawan menawarkan baranganya kepada pengedar. Dalam dunia perniagaan, situasi-situasi perundingan biasanya tidaklah semudah transaksi harian biasa. Pembelian dan penjualan kini adalah rumit dan memerlukan proses rundingan yang merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak.

6.3       Kemahiran Komunikasi
Komunikasi ialah proses menghantar maklumat dan kefahaman secara lisan atau bertulis yang melibatkan dua atau lebih pihak, iaitu penghantar dan penerima. Komunikasi boleh secara dalaman atau luaran. Komunikasi dalaman hanya melibatkan pekerja dalam sebuah organisasi sahaja, manakala komunikasi luaran melibatkan dua atau lebih organisasi.


BAB 7 : MERANCANG PERNIAGAAN

7.1       Definisi Rancangan Perniagaan
Rancangan perniagaan ialah suatu dokumen bertulis yang menerangkan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh. Rancangan perniagaan pada umumnya merangkumi analisis, ramalan dan jangkaan dan cara pelaksananaan strategi perniagaan.

7.2       Kepentingan rancangan perniagaan
Ø  Memberi peluang untuk seseorang melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, objektif, dan kritikal
Ø  Memerikan gambaran tentang daya maju sesuatu projek yang dirancang.
Ø  Membantukan seseorang membuat anggaran berkaitan keperluan sumber perniagaan dan seterusnya membuat pengagihan dengan lebih berkesan
Ø  Menyedarkan seseorang tentang kemungkinan masalah yang akan timbul dalam melaksanakan projek perniagaan.

7.3       Format Rancangan Perniagaan
                      i.        Tajuk muka surat – helaian pertama dalam sesebuah rancangan perniagaan. Antara perkara yang terdapat di muka surat hadapan rancangan perniagaan ialah :
·         Tajuk rancangan perniagaan
·         Nama dan alamat perniagaan
·         Nama penulis
·         Tarikh disediakan
                     ii.        Muka surat isi kandungan – menyenaraikan kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah rancangan perniagaan.
                    iii.        Ringkasan Eksekutif – Bahagian utama rancangan perniagaan yang secara ringkas menerangkan elemen-elemen utama perniagaan yang dicadangkan. Panjang ringkasan eksekutif meliputi satu atau dua muka surat dan mesti dianggap sebagai dokumen penting yang berasingan.
                   iv.        Struktur rancangan perniagaan
·         Pengenalan
·         Tujuan
·         Latar belakang perniagaan
·         Latar belakang pemilikan
·         Pemasaran (kaedah dan strategi)
·         Kewangan (modal dan kos)
·         Rumusan
                    v.        Lampiran


BAB 8 : KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN

8.1       Pentadbiran

                      i.        Definisi pengurusan : proses mentadbir dan mengkoordinasikan sumber-sumber secara cekap dan berkesan kearah mencapai matlamat organisasi

                     ii.        Definisi organisasi : sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yang sama.

                   iii.        Empat fungsi pengurusan
·         Perancangan – proses merangka aktiviti yang perlu dilakukan bagi mencapai matlamat organisasi

·         Pengorganisasian – proses menentukan tugas yang perlu dilaksanakan, siapa yang akan melaksanakannya dan bagaimanakah tugas-tugas tersebut akan diurus dan dikoordinasikan

·         Kepimpinan - kepimpinan alah kebolehan untuk mempengaruhi pekerja untuk cuba mencapai matlamat organisasi secara suka rela.

·         Kawalan – membuat sesuatu perkara berlaku seperti yang telah dirancang.

8.2       Asas Pemasaran

                      i.        Konsep pemasaran
Ø  Mengkaji pengguna untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna dan seterusnya menjalankan segala aktiviti di dalam firma untuk memenuhi keperluan dan kehendak tersebut dan dalam masa yang sama dapat mencapai matlamat organisasi
Ø  Matlamat pemasaran ialah untuk memberikan kepuasan pembelian kepada pengguna dan memberikan keuntungan kepada peniaga. Kedua-dua matlamat ini seiring.
Ø  Bagi sesuatu usaha terokaan baharu, aktiviti pemasaran perlulah dilakukan sebelum sesuatu usaha penerokaan itu dimulakan.

                    ii.        Definisi pemasaran - usaha yang dilakukan secara sistematik
Ø  Menawarkan produk atau servis yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
Ø  Memberikan kepuasan yang berterusan kepada pelanggan agar sentiasa membuat pembelian berulangan
Ø  Melariskan dan meningkatkan prestasi jualan produk atau servis
Ø  Mengekalkan dan meningkatkan keuntungan kepada usahawan

                   iii.        Tinjauan pasaran
Ø  Untuk mendapatkan maklumat tentang pasaran yang akan diceburi supaya membantu usahawan membuat perncangan perniagaannya. Perkara-perkara yang diberikan perhatian.
·         Permintaan dalam pasaran
·         Jenis pasaran
·         Saiz pasaran
·         Tahap persaingan
·         Perubahan persekitaran perniagaan

No comments:

Post a Comment